Saturday, August 22, 2009

WILDAN


HIRAQ WILDAN DATES HERBAL ESSENCE with GOJI for kids
RM59.90(300ml)



Dirumus khas untuk kanak-kanak bagi membantu :-
Menguatkan daya ingatan dan hafalan ( IQ ), membantu menberi tenaga segera, bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Kandungan :-
Kurma,Goji, Kismis,Rozel,Minyak Habatussauda',Buah Tin,Minyak Zaitun,Madu,Ginkgo,Garam Bukit,Spirulina,Perisa Strawberi



KHASIAT KURMA



  • Kaya dengan protin,serat,vitamin A dan C

  • Zat mineral dan galian seperti besi,kalsium,sodium dan potassium
  • Membantu menyerap tenaga dengan segera
  • Mencegah bengkak usus,membaiki sistem saraf
  • Membantu menguatkan ingatan dan meredakan tekanan
  • Meredakankan tekanan darah tinggi
KHASIAT MADU
  • Kaya dengan zat galian penting seperti kalsim,fosforus,sulfur,karbon,zat besi,natrium,kalium,magnesium,iodine,kuprum,manganese dan silicon
  • Kaya dengan vitamin-vitamin A,B kompleks,C,D dan E
  • Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan
  • Cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan
  • Sangat baik untuk buah pinggang
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
KHASIAT GOJI
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal(stamina)
  • Merupakan anti kanser yang kuat
  • Mengekalkan paras kolesterol yang sihat
  • Mengimbangkan paras glukos dan mengawal penyakit diabetes
  • Melegakan sakit kepala dan pening
  • Menbaiki kualiti penglihatan
  • Membantu menguatkan jantung,otot dan tulang
  • Membantu sistem penghadaman
KHASIAT BUAH TIN
  • Salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat
  • Membantu menyembuhkan penyakit buasir
  • Membantu melawaskan kencing
  • Membantu mengatasi batuk yang berpanjangan
  • Mengurangkan panas badan
  • Membersihkan kahak
KHASIAT ROZEL
  • Mebantu melambatkan proses penuaan
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Mengatasi masalah demam panas dan selesema
  • Membantu masalah resdung(alegi) dan lelah (asma)
  • Mengatasi masalah dengkur semasa tidur
  • Mengatasi masalah stress dan sukar tidur
KHASIAT KISMIS
  • Membantu melindungi hati dan menguatkan jantung
  • Melawaskan pembunagan air besar dan menghilangkan lendir
  • Membaiki keanjalan kulit dan menyihatkan badan
  • Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan kereputan gigi
KHASIAT GINGKO
  • Membantu memperbaiki proses peredaran dan pengaliran darah
  • Menguatkan ingatan
  • Antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf,otot jantung,saluran darah dan retina daripada rosak

Cara Penggunaan :-
Dua sudu sebelah pagi dan dua sudu sebelah malam.

*******
Khas untuk anak-anak kita, bagus juga untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
amalkan secara konsisten. Insyaallah


1 Ramadhan



Hari pertama puasa ni.

Alhamdulillah Luthfil Hadi saya, selamat jugak menghabiskan puasanya hari ni. Anak teruna saya tu, mana biasa menahan lapar lama-lama. Bayangkan tubuh gebunya yang 38kg terpaksa berpuasa. Ya Rabbi.. naik tuli telinga kami sekeluarga mendengar rungutan "LAPAR"nya

Ada jugak kawan yang menelefon dan bertanya khabar tentang dia, ada yg kasihankan dia, konon-kononnya dia baru aja 6 tahun. Benar, Luthfil Hadi saya itu baru 6 tahun tapi dengan suasana esok hari (mentosorrinya pun cuti jugak) belum tentu lagi dia dapat berpuasa penuh . Saya dah dapat bayangkan esok dia akan meraung sakan & bernyanyi riuh dan solutionnya saya dah boleh agak mesti mak dan abah saya akan kalah dengan nyanyian air matanya. Jadi, hari ni saya dan suami memang make sure dia mesti berpuasa penuh, walaupun tadi sejak pukul 2 petang lagi dia sudah berkepit dengan botol air dan gelas di tangan. hehe.

Sebenarnya cerita saya tu selingan aja.

Alhamdulillah, HIRAQ ada produk baru, HOT! HOT! & SPICY..baru keluar dari oven ni. WILDAN untuk anak-anak.
Untuk sahur pertama, memang saya dah suapkan Dania dan Luthfil Hadi WILDAN, JELI dan segelas SUSU KAMBING.
Tadi, saya bertanya pada Dania, rasa ok tak? lapar sangat tak? Dania cakap OK la umi, tak lapar..cuma letih aja mengasuh Dian. hahaha. Maksudnya OK la tu. Luthfil pun boleh bertahan. Apatah orang lain yea tak?

Jom cuba...

Tuesday, August 18, 2009

Salam Ramadhan



Salam semua,

Pejam, celik, pejam, celik dah nak Ramadhan. Seronok kan

Bertambah seronok apabila tahun ni saya mula attach dengan produk HIRAQ. Insyaallah saya nak cubalah macam Pn.Najwa sarankan dalam rancangan tajaan HIRAQ yang saya dengar petang tadi yang disiarkan setiap petang Selasa pukul 5:15 petang tu di radio IKIM

Kata Pn.Najwa, beliau puasa baru-baru ni (beliau ni pengguna setia HIRAQ dah setahun pun) masa sahur, beliau ambil 2 sudu Karmila, 2 sudu Jeli Gamat dan 1 sachet susu kambing. Kata beliau lagi 'Subhanallah' kesannya amat hebat, beliau cakap lagi, rasa tak seperti hari berpuasa pun sebabnya beliau rasa sangat bertenaga.

waaaa...nak cuba la, nak cuba...mudah-mudahan ALLAH izinkan saya / kita yang mengamalkannya dengan niat yang betul akan tumpang menikmati nikmat daripada-NYA. Insyaallah.

SALAM RAMADHAN untuk semua..
Semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Semoga Ramadhan ini kita semua dilimpahi dengan rahmat-NYA, dipandang dengan kasih sayang-NYA dan diberi keampunan-NYA.

Amin.