Sunday, July 11, 2010

skin care & teh tarik ?



Salam semua..


Bila disemak semula dan bila dah dapat komplin daripada customer baru la saya terperasan yang blog HIRAQ saya ni memang dah bersawang pun. Lamanya saya tak menyapu sampah di sini. Kasihan 'rumah' saya ni, ada tuan tapi tak dihuni (dah macam resort la pulak hehe) jadi hari ni saya dengan bersemangatnya memegang penyapu dan mop untuk membuang sampah dan menyental lantai blog. :)


mmm...berbalik kepada cerita  sebenar


HIRAQ ada produk baru tau :) Teh tarik susu kambing
Selalunya kita ni , kalau melepak kedai mamak atau stall tepi jalan ( fav. saya tu) atau kat mana-mana saja selalunya teh tarik ni memang macam wajib aja untuk di'order' tapi saya ni pulak alah betul ngan teh melainkan cap b*h atau lipt*n aaa.. yang tu saja yang saya boleh minum tapi kalau yang lain memang badan saya tak boleh nak terima. 
Bila Anis ( stokis negeri) bagi tau ada produk baru. mesti la saya kena cuba kan :) baru senang bila customer bertanya dan saya nak bercerita :) Masa sesi mencuba tu saya tawakkal aja walau dalam hati risau juga kalau teh ni tak sesuai dengan saya. Minum juga dan alhamdulillah saya ok. Sebenarnya sangat OK :)
teh tarik ni kita bancuh macam kita bancuh SUSU KAMBING jugak cuma yang membezakannya teh ini dengan teh biasa ialah campuran susu kambing yang kita sendiri memang dah tahu banyak sungguh khasiatnya. 
Rasanya? sedapppp. . betulll. sungguh !

cuba la,sejuk atau panas :)

~~~~~
SKIN CARE, yang ni 'honestly' saya belum cuba lagi tapi memang wajib kena cuba, jadi saya kena cepat-cepat habiskan barang saya yang ada lagi ni. Kenapa kena cuba? sebabnya ialah :: Pertama ~ produk ni dikeluarkan oleh 'orang kita' (means muslim) dan halal.
:: Kedua ~ kerana produk ni dijamin tiada campuran bahan-bahan asing yang meragukan atau yang boleh merosakkan kulit. 
Risau jugak kan  bila kita ni main sapu aje macam-macam kat muka sebab nak cantik, padahal kat dalam krim tu ntah-ntah ada something yang boleh merosakkan kulit..takutnya. Jadi bila dah ada pilihan,apa salahnya kita mencuba set penjagaan kulit HIRAQ
Sememang kita sendiri pun dah tahu tentang status pengilangannya, kita jugak tahu tentang keberkesanan produk-produk HIRAQ ni jadi tanpa curiga dan was-was nak la pula mencuba ACTIVE 3 CLEANSER,ANTI AGING ESSENCE & UV DEFENSE CREAM.

Puan-puan, nak tak kulit yg mulus? gebu ? dan lembab? mesti la nak kan..sooo..apa lagi, jom sama-sama kita cuba *wink*




Saturday, October 17, 2009

saya dan anda



Salam :)

Dah banyak bulan jugak saya involve dengan HIRAQ ni.
Feed back daripada para pengguna HIRAQ memang best. Alhamdulillah. Seronok tau bila saya mendengar cerita mereka, ralit saya menadah telinga. Iye, mahunya tak lega bila mereka memuji dan memanjat syukur dengan izinNYA banyak perubahan dari segi kesihatan yang dialami. Ada yang selama ini tak boleh minum ais tapi sekarang dah boleh. Yang bersin, yang resdung, yang senggugut, period datang selalu, yang period tak datang-datang. Macam-macam, itu belum dikira lagi dengan perubahan dalaman.


Perubahan? Saya sendiri ? *blushsing* memang superB!  Alhamdulillah dengan izinNya jugak.kan.



Tetapi dalam keluarga saya yang terbaru sekali ialah Dian Khadeeja yang sembuh daripada selesema bila saya taat suapkan dia dengan Jeli Gamat dan sekarang itu antara menu utamanya jugak selain daripada 'moi' (bubur nasik) .


Ermm..tapi kalau boleh bagi award la, memang saya nak bagi kepada Luthfil Hadi. (mahap yea, saya nak puji anak sendiri ni - hehe) dia memang taat sungguh dengan Jeli Gamat dan Wildannya. Pagi-pagi sebelum ke mentossori mesti dia akan mencari 2 benda ni,  kalau tak , selagi itulah dia takkan meneguk segelas susu. Sangat konsisten.  Sooo..wajarkan kalau saya terpuji anak sendiri *wink* tetapi jgn la terus minum, baca2 la doa sikit mudah-mudahan mendapat berkat dan menjadi ubat. Insya Allah. Selalunya pada anak-anak saya mesti saya baca kuat-kuat dihadapan mereka macam ni " Ya Allah, bagi lah adik (refer 2 Luthfil Hadi) sihat, cerdik dan cerdas, amin"  so budak tu pun ngang dan telan. Tersenyum simpul dia sambil turut mengaminkan doa saya - so sweet :) seronokkan :)


Jadi, jom, sama-sama mengamalkannya. Saya doakan supaya kita  sihat, diberkati dan dilindungiNYA. Amin.

Monday, October 5, 2009

Jeli + Dian

Kesian Dian Khadeeja saya, dia selesema.

Usia 10 bulannya, ini kali kedua dia selesema dan kali pertama puteri bongsu saya tu demam masa hari raya kedua yang lepas, itu pun dalam tempoh 24 jam suhu badannya dah ok dan dah sihat semula. Alhamdulillah.

Selesemanya mungkin sebab suhu aircond yg sejuk sungguh, sebenarnya jumaat lepas saya sekeluarga ke Penang dan bermalam di sana. Mungkin juga suhu bilik yang mengalahkan di Artik (chewah! mcm la pernah sampai ke sana ~ ahaks!) menyebabkan Dian selesema, even saya dah laraskan ke suhu 30C pun masih menggigil lagi..haila.

Tiba di rumah malam ahad, langsung saya suapkan Dian Khadeeja Jeli Gamat dan juga ubat selesama yang mmg kita ni mak-mak akan spare kat dalam fridge. Tidurnya malam tu memang terganggu, kesian sungguh. Subuh tu, selepas menyusu dia termuntah (satu lagi kejadian kali pertama sejak umurnya 10 bulan) masa saya lap-lapkan badannya saya terperasan muntahnya bercampur kahak. Saya terfikir mungkin kesan daripada Jeli Gamat ke?

Langsung pagi tu sebelum saya ke office, lagi sekali saya suapkan Dian Khadeeja Jeli Gamat. Kebetulan baby saya ni mama saya yang tolong jaga jadi petang ahad tu lagi sekali Dian termuntah di atas neneknya. Kata mama saya lagi, muntah Dian memang bercampur kahak ! Rasa lega juga saya mendengarnya, sekurang-kurangnya dia yang memang tidak pandai lagi menghembus hingus dapat juga mengeluarkan kahak melalui muntah. Jadi malam tu, saya suapkan lagi Jeli Gamat. Alhamdulillah, malam tadi Dian Khadeeja dah dapat tidur dengan nyenyak. Syukurnya. Lega saya.

Sekarang pun keadaannya masih lagi selesema tapi dah berkurang banyakkkk sangat. Nampak gayanya selain Wildan, Jeli Gamat pun akan jadi rutin untuk Dian Khadeeja saya :) tak kisahlah asalkan sihat, ye tak?

Monday, September 28, 2009

Syawal




Macam baru semalam je Ramadhan datang, rupa-rupanya hari ni dah 09 Syawal. Cepat sungguh.
Saya sendiri , baru sekarang la baru nak sempat nak tulis n3. Nak la jugak mengucapkan SALAM AIDIL FITRI - maafkan ketelanjuran saya (jika ada) bimbangnya jika kesilapan saya sekarang ni ada pulak yang dituntut di Akhirat nanti. :(


Saya nak cerita sikit ya.


Alhamdulillah, hero gebu saya tu berjaya juga berpuasa walau terbocor juga sehari (bak kata kakaknya "Luthfil Hadi menangis macam anak gajah kena langgar trailer Umi" hehe.
Walaupun tak cukup sehari je lagi..saya tetap bersyukur sungguh-sungguh (Amin) sekurang-kurangnya hajat saya dan suami ingin melihatnya berpuasa terlaksana. Ye la, sebab kami ni langsung tak sangka dia boleh. Mungkin dengan izinNya dan keberkatan bulan mulia ini, disamping saya dan anak-anak langsung tidak pernah meninggalkan pengambilan Karmila, Susu Kambing, Jeli dan Wildan di waktu sahur. Alhamdulillah. perut ni sentiasa rasa penuh saja dan badan pun rasa sangat bertenaga.Biarpun di akhir-akhir Ramadhan panasnya terik bukan kepalang.


Benarlah setiap apa yang direncanakan olehNya dan setiap apa yang diamalkan oleh Junjungan kita memang ada khasiatnya. Besar pulak tu.


Sebenarnya, sukar saya nak terangkan secara terperinci kerana pada saya apa yang saya alami dan rasakan sejak saya mula mengamalkan pengambilan HIRAQ ini memang subjektif. Hanya bila kita sendiri mengamalkannya secara istiqamah berserta niat dan doa, barulah kita dapat merasakan perubahannya dalam sistem tubuh badan kita. Subhanallah. Syukur sangat, Alhamdulillah.
Alaa, dah lewat rupanya. Nanti-nanti kita sembang lagi ya (insyaallah)
Selamat untuk semua , semoga kita sentiasa dirahmati dan dipandang dengan kasih sayangNya. Amin


Saturday, August 22, 2009

WILDAN


HIRAQ WILDAN DATES HERBAL ESSENCE with GOJI for kids
RM59.90(300ml)



Dirumus khas untuk kanak-kanak bagi membantu :-
Menguatkan daya ingatan dan hafalan ( IQ ), membantu menberi tenaga segera, bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Kandungan :-
Kurma,Goji, Kismis,Rozel,Minyak Habatussauda',Buah Tin,Minyak Zaitun,Madu,Ginkgo,Garam Bukit,Spirulina,Perisa Strawberi



KHASIAT KURMA



  • Kaya dengan protin,serat,vitamin A dan C

  • Zat mineral dan galian seperti besi,kalsium,sodium dan potassium
  • Membantu menyerap tenaga dengan segera
  • Mencegah bengkak usus,membaiki sistem saraf
  • Membantu menguatkan ingatan dan meredakan tekanan
  • Meredakankan tekanan darah tinggi
KHASIAT MADU
  • Kaya dengan zat galian penting seperti kalsim,fosforus,sulfur,karbon,zat besi,natrium,kalium,magnesium,iodine,kuprum,manganese dan silicon
  • Kaya dengan vitamin-vitamin A,B kompleks,C,D dan E
  • Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan
  • Cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan
  • Sangat baik untuk buah pinggang
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
KHASIAT GOJI
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal(stamina)
  • Merupakan anti kanser yang kuat
  • Mengekalkan paras kolesterol yang sihat
  • Mengimbangkan paras glukos dan mengawal penyakit diabetes
  • Melegakan sakit kepala dan pening
  • Menbaiki kualiti penglihatan
  • Membantu menguatkan jantung,otot dan tulang
  • Membantu sistem penghadaman
KHASIAT BUAH TIN
  • Salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat
  • Membantu menyembuhkan penyakit buasir
  • Membantu melawaskan kencing
  • Membantu mengatasi batuk yang berpanjangan
  • Mengurangkan panas badan
  • Membersihkan kahak
KHASIAT ROZEL
  • Mebantu melambatkan proses penuaan
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Mengatasi masalah demam panas dan selesema
  • Membantu masalah resdung(alegi) dan lelah (asma)
  • Mengatasi masalah dengkur semasa tidur
  • Mengatasi masalah stress dan sukar tidur
KHASIAT KISMIS
  • Membantu melindungi hati dan menguatkan jantung
  • Melawaskan pembunagan air besar dan menghilangkan lendir
  • Membaiki keanjalan kulit dan menyihatkan badan
  • Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan kereputan gigi
KHASIAT GINGKO
  • Membantu memperbaiki proses peredaran dan pengaliran darah
  • Menguatkan ingatan
  • Antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf,otot jantung,saluran darah dan retina daripada rosak

Cara Penggunaan :-
Dua sudu sebelah pagi dan dua sudu sebelah malam.

*******
Khas untuk anak-anak kita, bagus juga untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
amalkan secara konsisten. Insyaallah


1 Ramadhan



Hari pertama puasa ni.

Alhamdulillah Luthfil Hadi saya, selamat jugak menghabiskan puasanya hari ni. Anak teruna saya tu, mana biasa menahan lapar lama-lama. Bayangkan tubuh gebunya yang 38kg terpaksa berpuasa. Ya Rabbi.. naik tuli telinga kami sekeluarga mendengar rungutan "LAPAR"nya

Ada jugak kawan yang menelefon dan bertanya khabar tentang dia, ada yg kasihankan dia, konon-kononnya dia baru aja 6 tahun. Benar, Luthfil Hadi saya itu baru 6 tahun tapi dengan suasana esok hari (mentosorrinya pun cuti jugak) belum tentu lagi dia dapat berpuasa penuh . Saya dah dapat bayangkan esok dia akan meraung sakan & bernyanyi riuh dan solutionnya saya dah boleh agak mesti mak dan abah saya akan kalah dengan nyanyian air matanya. Jadi, hari ni saya dan suami memang make sure dia mesti berpuasa penuh, walaupun tadi sejak pukul 2 petang lagi dia sudah berkepit dengan botol air dan gelas di tangan. hehe.

Sebenarnya cerita saya tu selingan aja.

Alhamdulillah, HIRAQ ada produk baru, HOT! HOT! & SPICY..baru keluar dari oven ni. WILDAN untuk anak-anak.
Untuk sahur pertama, memang saya dah suapkan Dania dan Luthfil Hadi WILDAN, JELI dan segelas SUSU KAMBING.
Tadi, saya bertanya pada Dania, rasa ok tak? lapar sangat tak? Dania cakap OK la umi, tak lapar..cuma letih aja mengasuh Dian. hahaha. Maksudnya OK la tu. Luthfil pun boleh bertahan. Apatah orang lain yea tak?

Jom cuba...

Tuesday, August 18, 2009

Salam Ramadhan



Salam semua,

Pejam, celik, pejam, celik dah nak Ramadhan. Seronok kan

Bertambah seronok apabila tahun ni saya mula attach dengan produk HIRAQ. Insyaallah saya nak cubalah macam Pn.Najwa sarankan dalam rancangan tajaan HIRAQ yang saya dengar petang tadi yang disiarkan setiap petang Selasa pukul 5:15 petang tu di radio IKIM

Kata Pn.Najwa, beliau puasa baru-baru ni (beliau ni pengguna setia HIRAQ dah setahun pun) masa sahur, beliau ambil 2 sudu Karmila, 2 sudu Jeli Gamat dan 1 sachet susu kambing. Kata beliau lagi 'Subhanallah' kesannya amat hebat, beliau cakap lagi, rasa tak seperti hari berpuasa pun sebabnya beliau rasa sangat bertenaga.

waaaa...nak cuba la, nak cuba...mudah-mudahan ALLAH izinkan saya / kita yang mengamalkannya dengan niat yang betul akan tumpang menikmati nikmat daripada-NYA. Insyaallah.

SALAM RAMADHAN untuk semua..
Semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Semoga Ramadhan ini kita semua dilimpahi dengan rahmat-NYA, dipandang dengan kasih sayang-NYA dan diberi keampunan-NYA.

Amin.