Sunday, July 11, 2010

skin care & teh tarik ?



Salam semua..


Bila disemak semula dan bila dah dapat komplin daripada customer baru la saya terperasan yang blog HIRAQ saya ni memang dah bersawang pun. Lamanya saya tak menyapu sampah di sini. Kasihan 'rumah' saya ni, ada tuan tapi tak dihuni (dah macam resort la pulak hehe) jadi hari ni saya dengan bersemangatnya memegang penyapu dan mop untuk membuang sampah dan menyental lantai blog. :)


mmm...berbalik kepada cerita  sebenar


HIRAQ ada produk baru tau :) Teh tarik susu kambing
Selalunya kita ni , kalau melepak kedai mamak atau stall tepi jalan ( fav. saya tu) atau kat mana-mana saja selalunya teh tarik ni memang macam wajib aja untuk di'order' tapi saya ni pulak alah betul ngan teh melainkan cap b*h atau lipt*n aaa.. yang tu saja yang saya boleh minum tapi kalau yang lain memang badan saya tak boleh nak terima. 
Bila Anis ( stokis negeri) bagi tau ada produk baru. mesti la saya kena cuba kan :) baru senang bila customer bertanya dan saya nak bercerita :) Masa sesi mencuba tu saya tawakkal aja walau dalam hati risau juga kalau teh ni tak sesuai dengan saya. Minum juga dan alhamdulillah saya ok. Sebenarnya sangat OK :)
teh tarik ni kita bancuh macam kita bancuh SUSU KAMBING jugak cuma yang membezakannya teh ini dengan teh biasa ialah campuran susu kambing yang kita sendiri memang dah tahu banyak sungguh khasiatnya. 
Rasanya? sedapppp. . betulll. sungguh !

cuba la,sejuk atau panas :)

~~~~~
SKIN CARE, yang ni 'honestly' saya belum cuba lagi tapi memang wajib kena cuba, jadi saya kena cepat-cepat habiskan barang saya yang ada lagi ni. Kenapa kena cuba? sebabnya ialah :: Pertama ~ produk ni dikeluarkan oleh 'orang kita' (means muslim) dan halal.
:: Kedua ~ kerana produk ni dijamin tiada campuran bahan-bahan asing yang meragukan atau yang boleh merosakkan kulit. 
Risau jugak kan  bila kita ni main sapu aje macam-macam kat muka sebab nak cantik, padahal kat dalam krim tu ntah-ntah ada something yang boleh merosakkan kulit..takutnya. Jadi bila dah ada pilihan,apa salahnya kita mencuba set penjagaan kulit HIRAQ
Sememang kita sendiri pun dah tahu tentang status pengilangannya, kita jugak tahu tentang keberkesanan produk-produk HIRAQ ni jadi tanpa curiga dan was-was nak la pula mencuba ACTIVE 3 CLEANSER,ANTI AGING ESSENCE & UV DEFENSE CREAM.

Puan-puan, nak tak kulit yg mulus? gebu ? dan lembab? mesti la nak kan..sooo..apa lagi, jom sama-sama kita cuba *wink*




No comments: