Saturday, October 17, 2009

saya dan anda



Salam :)

Dah banyak bulan jugak saya involve dengan HIRAQ ni.
Feed back daripada para pengguna HIRAQ memang best. Alhamdulillah. Seronok tau bila saya mendengar cerita mereka, ralit saya menadah telinga. Iye, mahunya tak lega bila mereka memuji dan memanjat syukur dengan izinNYA banyak perubahan dari segi kesihatan yang dialami. Ada yang selama ini tak boleh minum ais tapi sekarang dah boleh. Yang bersin, yang resdung, yang senggugut, period datang selalu, yang period tak datang-datang. Macam-macam, itu belum dikira lagi dengan perubahan dalaman.


Perubahan? Saya sendiri ? *blushsing* memang superB!  Alhamdulillah dengan izinNya jugak.kan.



Tetapi dalam keluarga saya yang terbaru sekali ialah Dian Khadeeja yang sembuh daripada selesema bila saya taat suapkan dia dengan Jeli Gamat dan sekarang itu antara menu utamanya jugak selain daripada 'moi' (bubur nasik) .


Ermm..tapi kalau boleh bagi award la, memang saya nak bagi kepada Luthfil Hadi. (mahap yea, saya nak puji anak sendiri ni - hehe) dia memang taat sungguh dengan Jeli Gamat dan Wildannya. Pagi-pagi sebelum ke mentossori mesti dia akan mencari 2 benda ni,  kalau tak , selagi itulah dia takkan meneguk segelas susu. Sangat konsisten.  Sooo..wajarkan kalau saya terpuji anak sendiri *wink* tetapi jgn la terus minum, baca2 la doa sikit mudah-mudahan mendapat berkat dan menjadi ubat. Insya Allah. Selalunya pada anak-anak saya mesti saya baca kuat-kuat dihadapan mereka macam ni " Ya Allah, bagi lah adik (refer 2 Luthfil Hadi) sihat, cerdik dan cerdas, amin"  so budak tu pun ngang dan telan. Tersenyum simpul dia sambil turut mengaminkan doa saya - so sweet :) seronokkan :)


Jadi, jom, sama-sama mengamalkannya. Saya doakan supaya kita  sihat, diberkati dan dilindungiNYA. Amin.

Monday, October 5, 2009

Jeli + Dian

Kesian Dian Khadeeja saya, dia selesema.

Usia 10 bulannya, ini kali kedua dia selesema dan kali pertama puteri bongsu saya tu demam masa hari raya kedua yang lepas, itu pun dalam tempoh 24 jam suhu badannya dah ok dan dah sihat semula. Alhamdulillah.

Selesemanya mungkin sebab suhu aircond yg sejuk sungguh, sebenarnya jumaat lepas saya sekeluarga ke Penang dan bermalam di sana. Mungkin juga suhu bilik yang mengalahkan di Artik (chewah! mcm la pernah sampai ke sana ~ ahaks!) menyebabkan Dian selesema, even saya dah laraskan ke suhu 30C pun masih menggigil lagi..haila.

Tiba di rumah malam ahad, langsung saya suapkan Dian Khadeeja Jeli Gamat dan juga ubat selesama yang mmg kita ni mak-mak akan spare kat dalam fridge. Tidurnya malam tu memang terganggu, kesian sungguh. Subuh tu, selepas menyusu dia termuntah (satu lagi kejadian kali pertama sejak umurnya 10 bulan) masa saya lap-lapkan badannya saya terperasan muntahnya bercampur kahak. Saya terfikir mungkin kesan daripada Jeli Gamat ke?

Langsung pagi tu sebelum saya ke office, lagi sekali saya suapkan Dian Khadeeja Jeli Gamat. Kebetulan baby saya ni mama saya yang tolong jaga jadi petang ahad tu lagi sekali Dian termuntah di atas neneknya. Kata mama saya lagi, muntah Dian memang bercampur kahak ! Rasa lega juga saya mendengarnya, sekurang-kurangnya dia yang memang tidak pandai lagi menghembus hingus dapat juga mengeluarkan kahak melalui muntah. Jadi malam tu, saya suapkan lagi Jeli Gamat. Alhamdulillah, malam tadi Dian Khadeeja dah dapat tidur dengan nyenyak. Syukurnya. Lega saya.

Sekarang pun keadaannya masih lagi selesema tapi dah berkurang banyakkkk sangat. Nampak gayanya selain Wildan, Jeli Gamat pun akan jadi rutin untuk Dian Khadeeja saya :) tak kisahlah asalkan sihat, ye tak?

Monday, September 28, 2009

Syawal




Macam baru semalam je Ramadhan datang, rupa-rupanya hari ni dah 09 Syawal. Cepat sungguh.
Saya sendiri , baru sekarang la baru nak sempat nak tulis n3. Nak la jugak mengucapkan SALAM AIDIL FITRI - maafkan ketelanjuran saya (jika ada) bimbangnya jika kesilapan saya sekarang ni ada pulak yang dituntut di Akhirat nanti. :(


Saya nak cerita sikit ya.


Alhamdulillah, hero gebu saya tu berjaya juga berpuasa walau terbocor juga sehari (bak kata kakaknya "Luthfil Hadi menangis macam anak gajah kena langgar trailer Umi" hehe.
Walaupun tak cukup sehari je lagi..saya tetap bersyukur sungguh-sungguh (Amin) sekurang-kurangnya hajat saya dan suami ingin melihatnya berpuasa terlaksana. Ye la, sebab kami ni langsung tak sangka dia boleh. Mungkin dengan izinNya dan keberkatan bulan mulia ini, disamping saya dan anak-anak langsung tidak pernah meninggalkan pengambilan Karmila, Susu Kambing, Jeli dan Wildan di waktu sahur. Alhamdulillah. perut ni sentiasa rasa penuh saja dan badan pun rasa sangat bertenaga.Biarpun di akhir-akhir Ramadhan panasnya terik bukan kepalang.


Benarlah setiap apa yang direncanakan olehNya dan setiap apa yang diamalkan oleh Junjungan kita memang ada khasiatnya. Besar pulak tu.


Sebenarnya, sukar saya nak terangkan secara terperinci kerana pada saya apa yang saya alami dan rasakan sejak saya mula mengamalkan pengambilan HIRAQ ini memang subjektif. Hanya bila kita sendiri mengamalkannya secara istiqamah berserta niat dan doa, barulah kita dapat merasakan perubahannya dalam sistem tubuh badan kita. Subhanallah. Syukur sangat, Alhamdulillah.
Alaa, dah lewat rupanya. Nanti-nanti kita sembang lagi ya (insyaallah)
Selamat untuk semua , semoga kita sentiasa dirahmati dan dipandang dengan kasih sayangNya. Amin


Saturday, August 22, 2009

WILDAN


HIRAQ WILDAN DATES HERBAL ESSENCE with GOJI for kids
RM59.90(300ml)



Dirumus khas untuk kanak-kanak bagi membantu :-
Menguatkan daya ingatan dan hafalan ( IQ ), membantu menberi tenaga segera, bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Kandungan :-
Kurma,Goji, Kismis,Rozel,Minyak Habatussauda',Buah Tin,Minyak Zaitun,Madu,Ginkgo,Garam Bukit,Spirulina,Perisa Strawberi



KHASIAT KURMA



  • Kaya dengan protin,serat,vitamin A dan C

  • Zat mineral dan galian seperti besi,kalsium,sodium dan potassium
  • Membantu menyerap tenaga dengan segera
  • Mencegah bengkak usus,membaiki sistem saraf
  • Membantu menguatkan ingatan dan meredakan tekanan
  • Meredakankan tekanan darah tinggi
KHASIAT MADU
  • Kaya dengan zat galian penting seperti kalsim,fosforus,sulfur,karbon,zat besi,natrium,kalium,magnesium,iodine,kuprum,manganese dan silicon
  • Kaya dengan vitamin-vitamin A,B kompleks,C,D dan E
  • Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan
  • Cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan
  • Sangat baik untuk buah pinggang
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
KHASIAT GOJI
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal(stamina)
  • Merupakan anti kanser yang kuat
  • Mengekalkan paras kolesterol yang sihat
  • Mengimbangkan paras glukos dan mengawal penyakit diabetes
  • Melegakan sakit kepala dan pening
  • Menbaiki kualiti penglihatan
  • Membantu menguatkan jantung,otot dan tulang
  • Membantu sistem penghadaman
KHASIAT BUAH TIN
  • Salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat
  • Membantu menyembuhkan penyakit buasir
  • Membantu melawaskan kencing
  • Membantu mengatasi batuk yang berpanjangan
  • Mengurangkan panas badan
  • Membersihkan kahak
KHASIAT ROZEL
  • Mebantu melambatkan proses penuaan
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Mengatasi masalah demam panas dan selesema
  • Membantu masalah resdung(alegi) dan lelah (asma)
  • Mengatasi masalah dengkur semasa tidur
  • Mengatasi masalah stress dan sukar tidur
KHASIAT KISMIS
  • Membantu melindungi hati dan menguatkan jantung
  • Melawaskan pembunagan air besar dan menghilangkan lendir
  • Membaiki keanjalan kulit dan menyihatkan badan
  • Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan kereputan gigi
KHASIAT GINGKO
  • Membantu memperbaiki proses peredaran dan pengaliran darah
  • Menguatkan ingatan
  • Antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf,otot jantung,saluran darah dan retina daripada rosak

Cara Penggunaan :-
Dua sudu sebelah pagi dan dua sudu sebelah malam.

*******
Khas untuk anak-anak kita, bagus juga untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
amalkan secara konsisten. Insyaallah


1 Ramadhan



Hari pertama puasa ni.

Alhamdulillah Luthfil Hadi saya, selamat jugak menghabiskan puasanya hari ni. Anak teruna saya tu, mana biasa menahan lapar lama-lama. Bayangkan tubuh gebunya yang 38kg terpaksa berpuasa. Ya Rabbi.. naik tuli telinga kami sekeluarga mendengar rungutan "LAPAR"nya

Ada jugak kawan yang menelefon dan bertanya khabar tentang dia, ada yg kasihankan dia, konon-kononnya dia baru aja 6 tahun. Benar, Luthfil Hadi saya itu baru 6 tahun tapi dengan suasana esok hari (mentosorrinya pun cuti jugak) belum tentu lagi dia dapat berpuasa penuh . Saya dah dapat bayangkan esok dia akan meraung sakan & bernyanyi riuh dan solutionnya saya dah boleh agak mesti mak dan abah saya akan kalah dengan nyanyian air matanya. Jadi, hari ni saya dan suami memang make sure dia mesti berpuasa penuh, walaupun tadi sejak pukul 2 petang lagi dia sudah berkepit dengan botol air dan gelas di tangan. hehe.

Sebenarnya cerita saya tu selingan aja.

Alhamdulillah, HIRAQ ada produk baru, HOT! HOT! & SPICY..baru keluar dari oven ni. WILDAN untuk anak-anak.
Untuk sahur pertama, memang saya dah suapkan Dania dan Luthfil Hadi WILDAN, JELI dan segelas SUSU KAMBING.
Tadi, saya bertanya pada Dania, rasa ok tak? lapar sangat tak? Dania cakap OK la umi, tak lapar..cuma letih aja mengasuh Dian. hahaha. Maksudnya OK la tu. Luthfil pun boleh bertahan. Apatah orang lain yea tak?

Jom cuba...

Tuesday, August 18, 2009

Salam Ramadhan



Salam semua,

Pejam, celik, pejam, celik dah nak Ramadhan. Seronok kan

Bertambah seronok apabila tahun ni saya mula attach dengan produk HIRAQ. Insyaallah saya nak cubalah macam Pn.Najwa sarankan dalam rancangan tajaan HIRAQ yang saya dengar petang tadi yang disiarkan setiap petang Selasa pukul 5:15 petang tu di radio IKIM

Kata Pn.Najwa, beliau puasa baru-baru ni (beliau ni pengguna setia HIRAQ dah setahun pun) masa sahur, beliau ambil 2 sudu Karmila, 2 sudu Jeli Gamat dan 1 sachet susu kambing. Kata beliau lagi 'Subhanallah' kesannya amat hebat, beliau cakap lagi, rasa tak seperti hari berpuasa pun sebabnya beliau rasa sangat bertenaga.

waaaa...nak cuba la, nak cuba...mudah-mudahan ALLAH izinkan saya / kita yang mengamalkannya dengan niat yang betul akan tumpang menikmati nikmat daripada-NYA. Insyaallah.

SALAM RAMADHAN untuk semua..
Semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Semoga Ramadhan ini kita semua dilimpahi dengan rahmat-NYA, dipandang dengan kasih sayang-NYA dan diberi keampunan-NYA.

Amin.

Saturday, May 23, 2009

Cerita saya

Sebenarnya saya secara peribadi saya mula mengamalkan supplement HIRAQ lebih kurang 3 bulan (baru aje kan ;). Sebelum ni saya taat sungguh dengan satu produk yang berasas jamu yang famous. Yea la sejak melahirkan Dania Thurayya 10 tahun yang lalu saya memang makan hari-hari supplement ni. Sehinggalah saya melahirkan baby saya yang ke-3, Dian Khadeeja pada November 2008.
HIRAQ diperkenalkan kepada saya oleh salah seorg rakan sekerja. Entah la yea, macam mana saya yang taat sungguh dengan N*n* R***y boleh terpikat dengan HIRAQ . Saya sendiri hairan macam mana saya senang aja membeli dan mencubanya.
Yea la, pada mulanya memang, saya sendiri takut dan risau sebab sebelum ni saya pernah mencuba produk lain yang berasaskan kurma juga, saya minum malam ni..tup-tu esoknya.. tOOoiing keluar jerawat! aduh. mana boleh macam tu. Langsung terus saya tinggal dan tak cuba-cuba lagi dah. ngeri.
Cerita tentang produk ni, barangan pertama keluaran HIRAQ yang saya cuba ialah Karmila dan Magical Cream.
Suspen ni, takutnya kalau-kalau keluar jerawat jugak! al-maklum la, produk ni juga saya cadangkan kepada beberapa orang teman baik saya. Buatnya jadi macam-macam, jenuh la saya nak berjawab dan kena marah! bimbangnya. Alhamdulillah setelah 2-3 hari mencuba semuanya ok. OK sangat-sangat. Syukur. Dengan khasiat yang banyak. Apa lagi yang nak, di tambah pula dengan motto "MENGAMALKAN PEMAKANAN SUNNAH" subhanallah.
Dari situ saya langsung mencadangkan agar suami saya turut mencuba Qhawwi dan Men's Dream. Pada mulanya ada juga dalam 2 hari suami saya cakap, dadanya rasa macam ketat (org Kedah mmg ckp cam ni: ahaks) syukur lah, selepas tu dah ok, dah takde rasa apa-apa lagi, yang paling ketara suami saya dah tak bersin pagi-pagi dengan teruk (aduh, selalunya macam nak pecah rumah hehe) kata suami saya juga kahaknya memang keluar banyak sangat. Alhamdulillah setelah 2 botol mengamalkannya memang nampak semakin berkurang resdung yang dialaminya.
Luthfil Hadi, anak kedua saya yang berusia 6 tahun memang selesema pagi-pagi, hari-hari meleleh aje, tapi bila dah tengah hari ok pulak. Kita pun konfius, agaknya itu pun tanda awal nak jadi resdung ke? Lalu, dia saya berikan JELI GAMAT berperisa strawberi. Mula-mula selesemanya makin menjadi tapi saya tetap berikan juga Jeli tersebut. ni dah masuk bulan ke 2 selesemanya memang tinggal bersisa saja. Memang ada lagi tapi dah berkurang banyak sangat. Alhamdulillah.
Yang mana bagus produk ni? Saya bercerita benar ya. Kalaulah ada sesetengah barangannya saja yang bagus ..tak kan saya berani menjadi stokis. Sungguh (bunyinya memang nampak macam kempen aje kan..hihi ) tapi saya ni orangnya jenis yang praktikal. Kalau tak bagus saya akan cakap tak bagus..dan kalau bagus, insyaallah akan saya amalkan disamping mencadangkan kepada saudara mara dan teman-teman. Nampak gayanya HIRAQ memang memenuhi piawaian saya. Senang citer saya tak bimbanglah nak kena saman kalau ada yang komplin HIRAQ ni tak bagus sebab sehingga sekarang feed back yang saya terima alhamdulillah semua memberangsangkan. leganya.
Sehingga sekarang saya sendiri mengamalkan/menggunakan Breast cream & paste, T3 Feminine wash, Susu kambing disamping Karmila dan Magical Cream.
Susu kambing ni saya cadangkan juga kepada ibu-ibu mengandung, insyaallah untuk mengelakkan baby terkena kuning (kita usaha la kan..)
Walau bagaimana pun, selalu juga saya ingatkan para pembeli saya, janganlah andaikan dengan hanya meminum sebotol Karmila/Qhawwi/ Jeli Gamat semua penyakit yang ditanggung bertahun akan hilang. Logiknya macam tu la kan yang selalu kita harap. Insyaallah jika kita mengamalkan secara istiqamah, dengan selawat dan doa mudah mudahan ianya akan menjadi penawar untuk tubuh badan kita. Amin.
Saya doakan para pengguna produk HIRAQ sentiasa dirahmatiNYA dan sihat tubuh badan. Amin.

Sama-samalah kita menyokong produk halalan toyyibba.

Friday, May 8, 2009

SUSU KAMBING HIRAQ

TERBARU!

Keistimewaan Susu Kambing Hiraq

Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu.Tinggi dengan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi bagi kanak-kanak serta membantu menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa. Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.

- Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
- Menguatkan sistem imunisasi paru-paru dan bersifat anti-athritis (inflamasi sendi) serta mengimbangkan kandungan gula dalam darah

Serta membantu memulihkan :
- Gastrik
- Ulser perut
- Penyakit Kuning
- Lelah
- Insomnia ( susah tidur )
- Hepatitis A
- Migraine
- Gout
- Buah pinggang
- Kencing manis
- Membantu mencegah kanser

Bahan-bahan : Tepung susu kambing tulen.

Cara penyediaan :Bancuhkan satu paket susu kambing HIRAQ dengan satu cawan (200ml) air panas.

Disyorkan :Diambil 1 - 2 kali sehari.

Monday, May 4, 2009

TESTIMONIAL PENGGUNA HIRAQ


Testimonial di sini adalah merupakan pengalaman mereka yang telah mencuba produk Hiraq .

Pn Najwa, Ipoh
TESTIMONIAL TERBARU
Tiga bulan selepas berkahwin, saya ditimpa kemalangan jalan raya. Akibatnya saya mengalami pendarahan setiap masa seperti orang yang sedang haid selama 4 tahun, saya juga mengalami sengal tulang belakang dan pinggang, selepas itu saya telah disahkan menghidap masalah buah pinggang dimana "creatinine" saya tidak dapat berfungsi dangan baik. Kesannya kaki saya membengkak seperti orang sedang mengandung dan harapan untuk sembuh adalah sangat tipis. Setelah diperkenalkan dengan produk HIRAQ, saya telah mengambil hiraq karmila yang berasaskan permakanan sunnah ini sebagai amalan seharian secara istaqomah. Syukur Alhamdulillah, selepas 1 botol pengambilan produk-produk HIRAQ, Pendarahan berhenti, senggal tulang belakang dan pinggang juga hilang dan semuanya kembali normal kini dengan izin Allah SWT. Kini saya teruskan pemakanan sunnah ini bersama Hiraq Jeli Gamat.

Zarinah Idris, Cheras
TESTIMONIAL HIRAQ KARMILA KURMA HERBAL ESSENCE
Saya mula mengambil HIRAQ Karmila Kurma pada september 2008. Pada hari kedua saya merasa sakit seperti hendak bersalin. Selama 2 hari saya menghadapinya dan pada hari keempat saya datang ' HAID ' . Sekarang saya kembali menjadi wanita sempurna setelah begitu lama tidak datang haid iaitu selama DUA TAHUN. Saya juga dapat merasakan badan kembali ringan dan tidak merasa letih semasa melakukan ibadah puasa yang lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada stokis Cheras, Nurul Amirah yang telah memperkenalkan HIRAQ kepada saya.

Pn Wati Lembah Klang( 019 - 378 3717 )
TESTIMONIAL HIRAQ KARMILA KURMA DAN HIRAQ JELI GAMAT
Saya mengalami ketumbuhan fibroid ketika hamil anak kedua. Setelah bersalin, ketumbuhan saya kembali kecut tetapi setelah beberapa bulan kemudian doktor telah mengesan fibroid saya kembali membesar. Ketika itu saya diperkenalkan kepada produk-produk HIRAQ oleh stokis negeri, Pn Jamilah. Alhamdulillah! setelah mengambil 1 botol Hiraq Karmila Kurma dan 2 botol Hiraq Jeli Gamat doktor telah mengesahkan fibroid saya kembali mengecut dan sehingga kini saya terus mengamalkan produk-produk Hiraq.

En Kamaruzaman Raub, Pahang.
TESTIMONIAL HIRAQ JELI GAMAT
Kesihatan saya terganggu dan berat badan saya turun secara mendadak daripada 80kg ke 61kg dalam masa sebulan. Tidak berdaya untuk bangun dan muntah setiap kali cuba makan. Allahmdulilah selepas mengambil Hiraq jeli gamat sebanyak 2 botol, kesihatan saya kembali pulih dan kini mampu bersolat secara normal.

Puan Zurina, Pasir Puteh, Kelantan 019 - 902 3308 / 019 - 913 4899
Saya selalu mengalami keguguran kerana ada ketumbuhan didalam rahim dan sepatutnya dibedah. Alhamdulillah selepas mengamalkan Hiraq Karmila, masalah ketumbuhan tiada lagi dan sekarang saya selamat melahirkan anak.

Puan Hasmani, Pasir Puteh, Kelantan
Pelbagai produk telah saya cuba. Berkat usaha yang tidak putus-putus akhirnya kini saya hamil setelah 6 tahun berumahtangga. Syukur kehadrat Ilahi kerana menemukan saya dengan Hiraq Karmila.

Puan Jamiah Mander, Sabah
Alhamdullilah, setelah memberi anak saya Hiraq jeli gamat secara konsisten, yang mempunyai masalah gatal-gatal kulit dan selsema anak saya kini telah hampir pulih sepenuhnya.

Puan Noriyah Mohamed, Pekan, Pahang( 019 - 924 7899 )
Saya Pn Noriyah Bt Mohamed dari Pekan, Pahang telah mengambil produk Hiraq Karmila dan Hiraq Jeli Gamat sebanyak 3 botol bersama suami En Mohd Radzi Bin Abd Rahman pula mengambil Qhawwi Moca dan Hiraq Jeli Gamat juga sebanyak 3 botol. Kami dapat merasakan perubahan atas kesihatan yang kami semakin baik dan cergas. Kami mempunyai 3 orang anak berumur 9 , 8 dan 5 tahun. Kami amat bersyukur dengan izin Allah s.w.t. kami bakal menimang cahaya mata yang ke empat pada bulan november 2008 nanti. Sekarang saya sedang menjalani rawatan gigi setelah mengalami Ameloblastoma dan menjalani pembedahan membuang tulang pada rahang bawah. Dengan mengambil produk Hiraq bukan sahaja kesihatan bertambah baik malah saya berpeluang mengandung lagi pada usia 43 tahun. Terima kasih HIRAQ. Saya telah memperkenalkan kepada rakan sekerja dan Alhamdullillah dari 5 rakan yang memcuba 3 daripada meraka telah berjaya mengandung. Berkat daripada usaha yang tidah henti-henti dan dengan IzinNya.

Hjh Fatimah bt Hj Said,Kg. Selising ( 09 - 789 3079 )
Saya mengalami sakit sendi,darah tinggi dan sakit pangkal jantung (cucuk menyucuk) dan apabila saya diperkenalkan Hiraq Jeli Gamat, saya menggunakan selama sebulan setengah, Alhamdulillah sakit sendi saya dah berkurangan dan boleh berjalan, darah tinggi saya dah turun (check dengan Doktor), menyucuk di pangkal jantung pun dah hilang. Selepas itu saya bagi kepada anak saya untuk mencuba yang mengalami stroke ringan (tangan terketar-ketar tak mampu angkat barang), Alhamdulillah anak saya dah kembali bekerja di TNB Terengganu. Terima kasih kepada Hiraq dan saya bersyukur pada Allah kerana selepas menggunakannya nampak berkesan.

Azizah, Kota Bahru

Alhamdulillah ada perubahan dari segi urat saraf, rasa lebih bertenaga dan sihat. Bersyukur pada Allah S.W.T dan terima kasih kepada produk-produk Hiraq yang telah saya ambil.

Pn Latifah, Kota Bharu ( 016 - 286 1554 )
Saya bersyukur pada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada produk Hiraq kerana setelah memberi anak saya mencuba Hiraq Jeli Gamat ia nampak berkesan. Anak saya mengalami masalah alahan terutamanya di bahagian muka (kemerah-merahan), Alhamdulillah setelah mencuba Hiraq Jeli Gamat ia beransur hilang.

Datuk Hj Ahmad Shahir bin Hj Daud - ( 72 tahun )
(Bekas Imam Besar Masjid Negara& Mufti Istana Negara )
Tanggal sept 1995, saya telah mengalami kemalangan yang tidak terduga yang mana telah menyebabkan kaki kanan saya patah. Pembedahan demi pembedahan dilakukan sehingga terpaksa dibuang tulang pinggul dan setiapkali pembedahan, masa yang diambil oleh saya untuk memulakan kembali langkah kaki ini ialah dalam 4-6 bulan.Sekali lagi pada 03/06/07 saya melakukan pembedahan memasukkan kembali tulang pinggul dan membaik pulih lutut kiri di USM Kubang Kerian. Tetapi kali ini saya disaran oleh anak saya supaya mengambil JELLY GAMAT HIRAQ. Alhamdulillah dengan izin ALLAH dan amat menakjubkan sekali dalam masa 1 bulan saya sudah boleh bergerak dan berjalan. Begitu cepat proses penyembuhan luka dalaman dan membaik pulih otot-otot yang terkoyak akibat pembedahan tersebut. Tidak seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini. Hatta saya diberitahu doktor sebelum pembedahan itu, tempoh paling awal pun ialah 3 bulan untuk saya bergerak dan berjalan. Tetapi GAMAT HIRAQ telah banyak membantu saya.Begitu juga perubahan pada kulit saya kesan melecur dan terkena api pada tahun 1999. Hampir 1/3 kulit tubuh saya melecur terkena api dan parut2 tersebut semakin hilang setelah 5 bulan mengambil produk HIRAQ. Sendi2 yang biasa sengal2 juga hilang. Kesegaran tubuh semakin meningkat sehinggakan pada Ramadhan yang lalu, sayaberulang alik ke pondok saya di Selinsing dengan memandu sendiri untuk berbuka puasa dan solat terawih bersama jemaah disana yang mana saya menjadi imamnya. Inilah hasil mengamalkan produk kesihatan keluaran HIRAQ.
Syukur juga saya panjatkan pada ILLAHI kerana menganugerahkan tahap kesihtan yang tinggi. Saya tidak meghidapi penyakit berisiko(lemah jantung,kencing manis,darah tinggi dsb). Tetapi atas dasar pepatah pujangga arab yang mengatakan "MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT", saya menjadi pelanggan tetap produk kesihatan keluaran HIRAQ yang mengutamakan tamar,madu dan habbatussauda' sebagai bahan utama. Sesuai dengan apa yang termaktub dalam AL-QURAN dan HADIS yang bahan2 tersebut ubat pada segala penyakit dan kita sebagai muslim sejati hendaklah mengutamakan apa yang disaran oleh AL-QURAN dan junjungan besar kita sebagai pelindung dan megekalkan kesihatan kita. Tanpa kesihatan kita tidak dapat melakukan apa2 termasuk beribadah dengan sempurna. Janganlah kita menunggu penyakit datang barulah kita hendak mencari penawar. Kita tidak akan menghargai kesihatan sehinggalah kita merasa sakit tetapi amat malang sekali jikawaktu itu barulah kita memikirkan untuk menjaga kesihatan kita.Demikianlah serba ringkas yang boleh saya ceritakan mengenai kelebihan produk HIRAQ dan sebagai nasihat dari saya sesama muslim ke arah kebaikan.

En Mazlan - Kota Bharu, Kelantan ( 017 - 972 9449 )
Lebih kurang 20 tahun yang lalu, saya terlibat dengan kemalangan. Akibatnya saya dimasukkan ke hospital (icu). Mengalami kecederaan teruk di kepala, paru-paru cedera dan bermasalah, kaki patah. Kesan negatif dari pereistiwa itu, saya mengalami beberapa masalah kesihatan :- Kepala sentiasa sakit berpanjangan (sentiasa makan ubat penahan sakit)- Tak dapat tidur dengan lena- lemah daya pemikiran, lemah daya pemahaman serta daya ingatan (tidak dapat memahami mengingati sesuatu yang dibaca dan didengar). Fikiran jadi celaru. Akibatnya sehingga saya terpaksa diberi cuti tanpa gaji selama empat bulan kerana tidak dapat melaksanakan tugas - Badan sentiasa lemah & tidak bertenaga- Sistem penghadaman amat lemah. Buang air paling kerap satu kali seminggu. Akibatnya tiada selera makan.- Masalah buang angin. Tak buang angin (samada sendawa atau buang angin biasa) selalu juga pening-pening.
Masalah kesihatan yang paling teruk saya alami sehingga saya tak mampu untuk menanggungnya adalah 'sesak nafas' yang menyerang beberapa kali pada setiap malam antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi. Sehingga beberapa kali terpaksa dikejarkan ke hospital menerima rawatan kecemasan (mesin) dan ditahan di wad.Dari segi perubatan, saya ikhtiar bermacam macam cara perubatan hospital (rawatan secara berkala), cara kampung (tradisional), homeopathy, color vibration terapi, aroma terapi, terapi cahaya infra red, dan lain lain lagi.Dari segi produk kesihatan saya dah cuba berbagai jenis produk dari berbagai jenama dan berbagai syarikat pengeluaran. Kesan positif ada,tapi sekejap. Kemudian kesihatan saya kembali masalah.Tentang Produk Hiraq, semasa Karnival Halal Kelantan 2007 pada awal bulan Ogos lalu (selama seminggu), secara kebetulan pada 8 Ogos 07 saya berkunjung ditapak karnival dan saya berkesempatan dengan produk ini. Saya ceritakan tentang masalah kesihatan saya yang kronik kepada wakil Hiraq dan disyorkan saya cuba produk Hiraq Qhawwi. Saya rasa nak cuba dan terus mencubanya. Selepas seminggu, saya tambah satu lagi produk Hiraq iaitu Hiraq Jeli Gamat. Pada peringkat awal penggunaan produk Hiraq, saya demam dan sakit kepala serta pening-pening. Selepas seminggu menggunakan produk Hiraq, saya awal-awal terkejut dengan kesan positif yang amat ketara dan menakjubkan bagi masalah kesihatan saya: - Sesak nafas setiap malam. terus berhenti (tiada langsung sesak nafas) - Buang air besar-setiap hari (sebelum ini paling kerap sekali seminggu) - Angin-selalu keluar (sendawa dan melalui cara biasa) - Selera makan bertambah (sentiasa rasa nak makan dan mulai boleh makan makanan lemak) - Sakit kepala-hilang. Rasa pening-pening tiada. Kepala rasa ringan. Daya pemikiran dan daya ingatan semakin pulih. Tidur kembali lena. - Badan terasa ringan dan sentiasa bertenaga.
Pada peringkat awal, saya tidak menaruh harapan dan keyakinan terhadap produk ini, tetapi setelah mencuba, semua masalah kesihatan saya semakin pulih dan kembali normal terutama sekali 'sesak nafas' (terus berhenti)Saya rasa sihat seperti tidak pernah alami masalah kesihatan (semakin pulih dan sembuh)Saya bersyukur pada ALLAH dan amat berterima kasih pada Hiraq.Mulai guna produk Hiraq 8/8/2007

BREAST CREAM & PASTE



HIRAQ KARMILA
BREAST CREAM & BREAST PASTE

RM 79.90 - Semenanjung
RM 89.90 - Sabah & S'wak


Breast Cream
Krim payudara ini mengandungi ekstrak minyak jojoba, minyak kelapa yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan payudara yang lebih pejal disamping meningkatkan saiznya bagi wanita. Ia juga menghaluskan kulit supaya payudara kelihatan lebih cantik dan menawan.Breast Paste
Krim yang membantu menghindari kanser payudara Mengandungi "liposome" berkepekatan tinggi yang mudah-serap untuk meningkatkan dan memperbaiki tisu-tisu payudara secara berterusan.Ia mempunyai keseimbangan "ph" serta diformulasikan dari ekstrak Minyak Rosmery dan herba-herba tropika. Ini adalah rawatan kecantikan semulajadi yang menyerap dengan segera untuk menghasilkan payudara yang sihat, pejal dan menawan disamping mengekalkan kulit yang lebih lembut dan lincin Ia bertindak secara pengembangan sub-struktur payudara bagi meningkatkan saiznyaKeberkesanannya dari segi saiz dan berat payudara yang dapat dilihat dalam masa yang singkat memberi suatu perasaan baru yang menyenangkan
KANDUNGAN BREAST CREAM
Self emulsifying wax, bees wax, jojoba oil, oliver oil, lavender oil, pearl powder, cocoa butter, perfume & honey.
BREAST PASTE
Clay, Rock salt, Talcum Powder, Emulsifying coconut Oil, Rosemary Oil & Perfume.
CARA PENGGUNAAN BREAST CREAM
* Sapukan krim pada lingkungan payudara dan diikuti dengan urutan secara putaran bulat selama 3-5 minit* Guna diwaktu pagi dan malam selepas mandi atau selepas menggunakan Breast Paste
BREAST PASTE * Gunakan 2 - 3 kali seminggu* Sapu pada payudara ( agak tebal ) dan urut di payudara dalam bentuk pusingan selama 3-5 minit* Biarkan selama 15 - 20 minit kemudian basuh sehingga bersih* Gunakanlebih kerap jika terdapat tompok-tompok sewaktu pengeringan

QHAWWI


QHAWWI KURMA HERBAL ESSENCE
(Khasiat pati kurma untuk lelaki) - ( 300 ML )
RM 59.90 - Semenanjung
RM 69.90 - Sabah & S'wak

Diciptakan untuk kesihatan menyeluruh kaum lelaki. Produk ini sangat baik untuk kaum lelaki dan mampu memberi tenaga keseluruhan kaum lelaki dan ia juga sangat berkesan untuk membina keyakinan diri untuk kebahagiaan rumahtangga.
Produk ini diformulasikan dengan bahan – bahan semulajadi yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kehidupan seharian.

KANDUNGAN :
Air, kurma, madu, habbatus sauda, moca, ashwaghanda, za'faran, kolagen, tongkat ali, ubi jaga, asid sitrik dan potassium sorbate.



“Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan.”. - Petikan ungkapan kata-kata Ibnu Sina -

KHASIAT KURMA
Kaya dengan protin, serat, vitamin A dan C- Zat mineral dan galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium- Membantu menyerap tenaga dengan segera- Mencegah bengkak usus- Membantu menguatkan ingatan dan meredakan tekanan ( stress )- Meredakan tekanan darah tinggi

KHASIAT MADU
Kaya dengan zat galian penting seperti kalsium, fosforus, sulfur, karbon, zat besi, natrium, kalium, klorin, magnesium, iodine, kuprum, manganese dan silicon- Kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D, dan E- Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan- Cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan- Sangat baik untuk buah pinggang- Mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh

KHASIAT TONGKAT ALI ( Eurycoma Longifolia )
Membantu memulih dan menguatkan tenaga batin lelaki secara semulajadi- Menguatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan keletihan- Menguatkan ketahanan badan terhadap penyakit- Meningkatkan aktiviti seksual melalui peningkatan tenaga dan kiraan sperma- Meningkatkan prestasi mental- Mengurangkan lemak dan menguatkan sistem penghadaman

KHASIAT UBU JAGA ( Smilax Myosotiflora )
Kegunaan utama ubi jaga ialah bertindak sebagai afrodisiak untuk merengsang seks- Sebagai penawar penyakit siflis- Membantu memulihkan deman

KHASIAT KOLAGEN
Memelihara kecantikkan kulit- Mempercepatkan penyembuhan luka- Membantu memulihkan kekenyalan otot

KHASIAT HABBATUS SAUDA' / BIJIRAN HITAM / Black Seed ( Nigella Sativa )
Kaya dengan vitamin, mineral dan serat- Meningkatkan sistem immunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit- Meningkatkan sistem penghadaman dan melancarkan sistem pernafasan- Mengatasi masalah lelah ( asma )- Menigkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi- Membantu menambah rangsangan seksual- Membantu memulihkan penyakit ghout

KHASIAT ZA'FARAN
Mencerdaskan minda, menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan- Menghindarkan penyakit radang paru-paru, batuk dan selsema- Membantu memulihkan sakit tekak dan tonsil- Membaiki sebarang masalah kulit- Mengatasi sebarang masalah kulit- Mengatasi sakit kepala ( Migraine ), muntah-muntah, sukat tidur malam ( insomnia ) dan gila babi ( sawan )- Mengatasi penyakit buah pinggang, lumpuh, penyakit kanser, bengkak hati atau hepatitis A dan B - Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih

KHASIAT ASHWAGANDA

Memperbaiki tenaga fizikal, menambah daya tahan sistem dari kesejukan dan jangkitan- Menambah keupayaan seksual dan menguatkan sperma- Membantu merendahkan kolestrol dan kandungan gula dalam darah- Membantu tekanan ( Stress ), kelesuan dan kesukaran untuk tidur ( insomnia )

KHASIAT MOCA
Membantu berfikir dengan cepat- Membantu mencegah gigi daripada berlubang- Mengurangi sakit kepala ( migraine )- Mengurangkan kesukaran bernafas ( asma )- Mengurangi risiko osteoporosis dan parkinson- Meningkatkan kesuburan kaum adam dan mengurangi risiko diabetes

KHASIAT QHAWWI KURMA HERBAL ESSENCE

- Meningkatkan tenaga dalaman dan luaran bagi kaum lelaki.
- Menghilangkan bau badan
- Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual serta memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin
- Meningkatkan paras testosterone (hormone yang diperlukan untuk fungsi kelelakian)
- Membantu mengatasi penyakit dalaman dan luaran seperti batuk dan asma- Bertindak sebagai anti oksida- Mencerdaskan minda- Melancarkan peredaran darah
- Membaiki sistem immunisasi dalam badan- Mengandungi zat yang tinggi seperti potassium, sodium, kalium, Vitamin A & C.

CARA PENGGUNAAN :-

Dua sudu besar, sekali sehari sebelum sarapan.** Untuk mendapat kesan yang maksimum, anda yang pertama kali menggunakan produk ini perlu berpantang untuk tidak bersama (mengadakan hubungan kelamin) selama 3 hari pertama.

JELI GAMAT


HIRAQ JELI GAMAT - 250 ML
RM 69.90 - Semenanjung
RM 79.90 - Sabah & S'wak

HIRAQ Jeli Gamat ( Goji dan Roselle )- Mengurangkan rasa sakit sendi, sakit badan dan memulihkan kesihatan dalaman. InsyaAllah!- Sesuai untuk seisi keluarga.

KANDUNGAN :-Air, ekstrak gamat tulen, kolagen, Aloevera, strawberi, Goji, Roselle, Asid sitrik, potassium sorbate, mengandungi bahan perisa dan kondisioner yang dibenarkan.

KHASIAT GAMAT
Melancarkan peredaran darah,Melancarkan fungsi ginjal
Meningkatkan kadar metabolism,Mempercepatkan penyembuhan luka

KHASIAT ALOEVERA
Mengandungi antiseptic iaitu Urea Nitrogen, asid salicylic, lepeol, asid cinnamic,phenol dan sulfu- Mengamdungi vitamin dan bahan - bahan aktif seperti polisakorida yang berupaya untuk melembabkan kulit, asid amino serta protin- Di India, Jepun, Afrika Selatan, China dan Mexico, aloe vera digunakan untuk mengubati penyakit gastric, limpa hati, optamological, sakit kulit, lelah, sakit kerongkong, kulit melecur, luka, terseliuh dan untuk melebatkan rambut.

KHASIAT KOLAGEN
Memelihara kecantikan kulit- Mempercepatkan penyembuhan luka- Membantu memulihkan kekenyalan otot

KHASIAT ROSELLE
Melambatkan proses penuan ( Anti penuan )- Mencegah penyakit Kardiovaskular- Bertindak sebagai anti aksidan dan sebagai anti kancer- Mengatasi masalah demam panas dan selesema- Membantu masalah resedung ( alergi ) dan lelah ( asma )- Mengatasi masalah dengkur semasa tidur- Mengatasi masalah Stress dan sukar tidur

KHASIAT GOJI
Meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal ( stamina )- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi- Merupakan anti kanser yang kuat- Mengekalkan paras kolesterol yang sihat- Mengimbangi paras Glukos dan mengawal penyakit Diabetes- Melegakan sakit kepala dan pening- Memperbaiki kualiti penglihatan- Membantu menguatkan jantung, otot dan tulang- Meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita- Membantu sistem penghadaman

KHASIAT HIRAQ JELI GAMAT ( GOJI DAN ROSELLE )
Mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan otot serta menguatkan tulang- Mempercepatkan penyembuhan luka dan dalaman- Menghindari masalah alahan dan lelah (asma) dan mengatasi masalah demam panas- Melancarkan peredaran darah serta memulihkan sistem peranakan selepas bersalin- Memperbaiki kualiti penglihatan, melegakan sakit kepala dan pening- Membantu mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan metabolisma- Mencantikkan kulit dan awet muda- Menghindari sembelit dan membantu sistem penghadaman- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan tahap kolesterol- Memperbaiki tekstur kulit agar menjadi tegang dan licin- Mengatasi masalah dengkur

CARA PENGGUNAAN :-

Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun - Satu hingga dua sudu teh, dua kali sehari Dewasa - Satu hingga dua sudu besar, dua kali sehari*
Waktu terbaik ialah sebelum sarapan dan sebelum makan malam

Sunday, May 3, 2009

KARMILA T-3 Feminine Wash


HIRAQ KARMILA T-3 FEMININE WASH - ( 120 ml )
RM 19.90 - Semenanjung
RM 23.90 - Sabah & S'wak

Hiraq Karmila T-3 Feminine Wash dirumus dalam bentuk inovatif dengan gabungan aroma keharuman yang asli Tea Tree bagi memberi keselesaan dan rasa keyakinan kepada setiap wanita.Tea Tree Feminine wash juga difomulasi dari pati tumbuhan asli yang dikagumi khasiatnyaMenjadi pembersih herba wanita yang boleh dipecayaiIa juga lembut dan dapat memelihara bahagian sulit wanita

KANDUNGAN
Aqua, Sodium Lauryl Sulphate, Melaleuca Alternifolia Oil, Sodium Lactate, Propyl Paraben & Methyl Paraben.
CARA PENGGUNAAN
Tuangkan sedikit pencuci Tea Tree Feminine wash diatas tapak tangan dan sapu kebahagian sulit luar dan dalam bagi mencuci sekurang-kurang 30 saat.* Bilas denga air bersih dan keringkan dengan mengunakan tuala bersih*
Boleh digunakan 2 atau 3 kali sehari.

KARMILA - Kurma Herbal Essence+Guarana+Za'faran


HIRAQ KARMILA KURMA HERBAL ESSENCE
(Khasiat pati kurma untuk wanita) - ( 300 ML )
RM 59.90 - Semenanjung
RM 69.90 - Sabah & S'wak

Ramuan produk ini adalah dari ekstrak kurma, akar serapat, manjakani, kacip fatimah, mirifica, kolagen dan herba-herba terpilih. Setiap bahan-bahan tersebut mempunyai khasiat semulajadi di mana mampu meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita.

KANDUNGAN

Air,kurma,madu,kolagen,ekstrak manjakani,ekstrak akar serapat, ekstrak kacip fatimah,habbatus sauda, asid sitrik, potassium sorbate.





KURMA - Kaya dengan protin, serat, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

MADU - Kaya dengan zat galian penting seperti kalsium, fosforus, sulfur, karbon, zat besi, natrium, kalium, klorin, magnesium, iodine, kuprum, manganese dan silicon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A,B kompleks, C,D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.


KHASIAT AKAR SERAPAT- Memperbaiki dan menegang tisu faraj- Membantu menegangkan payudara- Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)- Menguatkan otot dan sendi

KHASIAT KACIP FATIMAH- Mengatasi masalah senggugut- Melancarkan perjalanan haid dan mengatasi keputihan- Memulihkan sindrom tekanan sebelum haid- Meningkatkan keindahan wajah- Meningkatkan dan memulihkan saluran peranakan- Mengatasi buasir.


KHASIAT MANJAKANI- Mengecutkan dan mengetatkan rahim dan peranakan wanita- Memperbaiki system peredaran haid- Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin- Membersihkan darah kotor- Mengatasi keputihan- Bertindak sebagai astrigen yang berkesan dalam memperbaiki tisu faraj- Melicinkan dan memelihara kulit


KHASIAT KOLAGEN- Memelihara kecantikan kulit- Mempercepatkan penyembuhan luka- Membantu memulihkan kekenyalan otot.

HABBATUS SAUDA/BIJIRIN HITAM/BLACK SEED (NIGELLA SATIVA)Habbatus sauda(black seed) yang tumbuh di Mesir, India dan Negara-negara timur tengah, kaya dengan vitamin, mineral dan serat pemakanan untuk meningkatkan sistem immunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit. Ia juga meningkatkan sistem penghadaman dan melancarkan sistem pernafasan. Habbatus sauda amat baik bagi mereka yang mengalami masalah lelah, mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang penting bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ia juga dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi, membantu menambahkan ransangan seksual, baik bagi penyakit ghout dan amat digalakkan dimakan secara pengambilan makanan tambahan.


KHASIAT GUARANA - Membaik pulih kelesuan yang kronik, mental dan fizikal yang lemah,tekanan & keresahan- Membaik pulih kesukaran bernafas,- Membaik pulih fungsi sek yang tidak sempurna dan awet muda- Meredakan demam, cirit birit, sakit perut, kegemukan, arteriosclerosis, kesakitan kedatangan haid (senggugut)- Mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan diabetes


KHASIAT ZA'FARAN- Mencerdaskan minda- Mengatasi penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil dan sebarang masalah kulit- Menghindarkan batuk dan selsema, sakit kepala (migraine), muntah-muntah- Mengatasi penyakit buah pinggang, gila babi (sawan), sukar tidur malam (insomnia)- Mengatasi penyakit kanser, lumpuh, bengkak hati atau Hepatitis A & B,- Membuang angin yang berkumpul dalam perut- Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan- Awet Muda dengan kulit cerah dan bersih.


KHASIAT HIRAQ KARMILA Kurma Herbal Essence New! + Guarana + Za'faran
Meningkatkan kesihatan dalaman dan mencantikkan wanita- Mengatasi masalah senggugut dan keputihan- Menguatkan otot dalaman dan menyempitkan faraj wanita- Mengecutkan rahim dan menguatkan system kemutan- Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi kesan positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin- Mencantikkan kulit serta menaikkan seri wajah dan menegangkan payudara- Membaiki system peredaran haid- Bertindak sebagai anti pengoksida



CARA PENGGUNAAN


Dua sudu besar sekali sehari sebelum sarapan.
** Ia tidak boleh diminum ketika datang haid atau wanita yang sedang hamil**


Untuk mendapat kesan yang maksimum, anda yang pertama kali menggunakan produk ini perlu berpantang untuk tidak bersama (mengadakan hubungan kelamin) selama 3 hari pertama.




KARMILA - Magical Cream

HIRAQ KARMILA MAGICAL CREAM
(untuk kegunaan luaran wanita) - 30 ML
RM 29.90 - Semenanjung
RM 33.90 - Sabah & S'wak

Satu formulasi khas untuk wanita dengan memberi rasa selesa sambil menguatkan otot vagina. Ia berkesan untuk mengurangkan keputihan dan mengelakkan dari bau yang kurang selesa. Ia juga meningkatkan sensasi seksual.

KANDUNGAN
Water, Stichopus Horrens Extract, Stearc Acid, Propylane Glycol, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Aloe Barbadensis Extract, L-Arginine, Quercus Infectoria, Piper Betle Extract, BHT, Tocopherol Acetate, Polysorbate 20, Fragrance, Phenoxyethanol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf oil, Cananga Odorata Oil, Pogostemon cablin (Patchouli) Oil, Methylchloisothiazolione, Methylisothiazolinone.


CARA PENGGUNAANNYA
Basuh vagina dengan pencuci wanita sebelum menggunakan produk ini. Sapu ke bahagian sensual dan di sekeliling luar vagina sebelum aktiviti bermula.