Monday, September 28, 2009

Syawal




Macam baru semalam je Ramadhan datang, rupa-rupanya hari ni dah 09 Syawal. Cepat sungguh.
Saya sendiri , baru sekarang la baru nak sempat nak tulis n3. Nak la jugak mengucapkan SALAM AIDIL FITRI - maafkan ketelanjuran saya (jika ada) bimbangnya jika kesilapan saya sekarang ni ada pulak yang dituntut di Akhirat nanti. :(


Saya nak cerita sikit ya.


Alhamdulillah, hero gebu saya tu berjaya juga berpuasa walau terbocor juga sehari (bak kata kakaknya "Luthfil Hadi menangis macam anak gajah kena langgar trailer Umi" hehe.
Walaupun tak cukup sehari je lagi..saya tetap bersyukur sungguh-sungguh (Amin) sekurang-kurangnya hajat saya dan suami ingin melihatnya berpuasa terlaksana. Ye la, sebab kami ni langsung tak sangka dia boleh. Mungkin dengan izinNya dan keberkatan bulan mulia ini, disamping saya dan anak-anak langsung tidak pernah meninggalkan pengambilan Karmila, Susu Kambing, Jeli dan Wildan di waktu sahur. Alhamdulillah. perut ni sentiasa rasa penuh saja dan badan pun rasa sangat bertenaga.Biarpun di akhir-akhir Ramadhan panasnya terik bukan kepalang.


Benarlah setiap apa yang direncanakan olehNya dan setiap apa yang diamalkan oleh Junjungan kita memang ada khasiatnya. Besar pulak tu.


Sebenarnya, sukar saya nak terangkan secara terperinci kerana pada saya apa yang saya alami dan rasakan sejak saya mula mengamalkan pengambilan HIRAQ ini memang subjektif. Hanya bila kita sendiri mengamalkannya secara istiqamah berserta niat dan doa, barulah kita dapat merasakan perubahannya dalam sistem tubuh badan kita. Subhanallah. Syukur sangat, Alhamdulillah.
Alaa, dah lewat rupanya. Nanti-nanti kita sembang lagi ya (insyaallah)
Selamat untuk semua , semoga kita sentiasa dirahmati dan dipandang dengan kasih sayangNya. Amin


No comments: