Monday, October 5, 2009

Jeli + Dian

Kesian Dian Khadeeja saya, dia selesema.

Usia 10 bulannya, ini kali kedua dia selesema dan kali pertama puteri bongsu saya tu demam masa hari raya kedua yang lepas, itu pun dalam tempoh 24 jam suhu badannya dah ok dan dah sihat semula. Alhamdulillah.

Selesemanya mungkin sebab suhu aircond yg sejuk sungguh, sebenarnya jumaat lepas saya sekeluarga ke Penang dan bermalam di sana. Mungkin juga suhu bilik yang mengalahkan di Artik (chewah! mcm la pernah sampai ke sana ~ ahaks!) menyebabkan Dian selesema, even saya dah laraskan ke suhu 30C pun masih menggigil lagi..haila.

Tiba di rumah malam ahad, langsung saya suapkan Dian Khadeeja Jeli Gamat dan juga ubat selesama yang mmg kita ni mak-mak akan spare kat dalam fridge. Tidurnya malam tu memang terganggu, kesian sungguh. Subuh tu, selepas menyusu dia termuntah (satu lagi kejadian kali pertama sejak umurnya 10 bulan) masa saya lap-lapkan badannya saya terperasan muntahnya bercampur kahak. Saya terfikir mungkin kesan daripada Jeli Gamat ke?

Langsung pagi tu sebelum saya ke office, lagi sekali saya suapkan Dian Khadeeja Jeli Gamat. Kebetulan baby saya ni mama saya yang tolong jaga jadi petang ahad tu lagi sekali Dian termuntah di atas neneknya. Kata mama saya lagi, muntah Dian memang bercampur kahak ! Rasa lega juga saya mendengarnya, sekurang-kurangnya dia yang memang tidak pandai lagi menghembus hingus dapat juga mengeluarkan kahak melalui muntah. Jadi malam tu, saya suapkan lagi Jeli Gamat. Alhamdulillah, malam tadi Dian Khadeeja dah dapat tidur dengan nyenyak. Syukurnya. Lega saya.

Sekarang pun keadaannya masih lagi selesema tapi dah berkurang banyakkkk sangat. Nampak gayanya selain Wildan, Jeli Gamat pun akan jadi rutin untuk Dian Khadeeja saya :) tak kisahlah asalkan sihat, ye tak?

No comments: