Saturday, May 23, 2009

Cerita saya

Sebenarnya saya secara peribadi saya mula mengamalkan supplement HIRAQ lebih kurang 3 bulan (baru aje kan ;). Sebelum ni saya taat sungguh dengan satu produk yang berasas jamu yang famous. Yea la sejak melahirkan Dania Thurayya 10 tahun yang lalu saya memang makan hari-hari supplement ni. Sehinggalah saya melahirkan baby saya yang ke-3, Dian Khadeeja pada November 2008.
HIRAQ diperkenalkan kepada saya oleh salah seorg rakan sekerja. Entah la yea, macam mana saya yang taat sungguh dengan N*n* R***y boleh terpikat dengan HIRAQ . Saya sendiri hairan macam mana saya senang aja membeli dan mencubanya.
Yea la, pada mulanya memang, saya sendiri takut dan risau sebab sebelum ni saya pernah mencuba produk lain yang berasaskan kurma juga, saya minum malam ni..tup-tu esoknya.. tOOoiing keluar jerawat! aduh. mana boleh macam tu. Langsung terus saya tinggal dan tak cuba-cuba lagi dah. ngeri.
Cerita tentang produk ni, barangan pertama keluaran HIRAQ yang saya cuba ialah Karmila dan Magical Cream.
Suspen ni, takutnya kalau-kalau keluar jerawat jugak! al-maklum la, produk ni juga saya cadangkan kepada beberapa orang teman baik saya. Buatnya jadi macam-macam, jenuh la saya nak berjawab dan kena marah! bimbangnya. Alhamdulillah setelah 2-3 hari mencuba semuanya ok. OK sangat-sangat. Syukur. Dengan khasiat yang banyak. Apa lagi yang nak, di tambah pula dengan motto "MENGAMALKAN PEMAKANAN SUNNAH" subhanallah.
Dari situ saya langsung mencadangkan agar suami saya turut mencuba Qhawwi dan Men's Dream. Pada mulanya ada juga dalam 2 hari suami saya cakap, dadanya rasa macam ketat (org Kedah mmg ckp cam ni: ahaks) syukur lah, selepas tu dah ok, dah takde rasa apa-apa lagi, yang paling ketara suami saya dah tak bersin pagi-pagi dengan teruk (aduh, selalunya macam nak pecah rumah hehe) kata suami saya juga kahaknya memang keluar banyak sangat. Alhamdulillah setelah 2 botol mengamalkannya memang nampak semakin berkurang resdung yang dialaminya.
Luthfil Hadi, anak kedua saya yang berusia 6 tahun memang selesema pagi-pagi, hari-hari meleleh aje, tapi bila dah tengah hari ok pulak. Kita pun konfius, agaknya itu pun tanda awal nak jadi resdung ke? Lalu, dia saya berikan JELI GAMAT berperisa strawberi. Mula-mula selesemanya makin menjadi tapi saya tetap berikan juga Jeli tersebut. ni dah masuk bulan ke 2 selesemanya memang tinggal bersisa saja. Memang ada lagi tapi dah berkurang banyak sangat. Alhamdulillah.
Yang mana bagus produk ni? Saya bercerita benar ya. Kalaulah ada sesetengah barangannya saja yang bagus ..tak kan saya berani menjadi stokis. Sungguh (bunyinya memang nampak macam kempen aje kan..hihi ) tapi saya ni orangnya jenis yang praktikal. Kalau tak bagus saya akan cakap tak bagus..dan kalau bagus, insyaallah akan saya amalkan disamping mencadangkan kepada saudara mara dan teman-teman. Nampak gayanya HIRAQ memang memenuhi piawaian saya. Senang citer saya tak bimbanglah nak kena saman kalau ada yang komplin HIRAQ ni tak bagus sebab sehingga sekarang feed back yang saya terima alhamdulillah semua memberangsangkan. leganya.
Sehingga sekarang saya sendiri mengamalkan/menggunakan Breast cream & paste, T3 Feminine wash, Susu kambing disamping Karmila dan Magical Cream.
Susu kambing ni saya cadangkan juga kepada ibu-ibu mengandung, insyaallah untuk mengelakkan baby terkena kuning (kita usaha la kan..)
Walau bagaimana pun, selalu juga saya ingatkan para pembeli saya, janganlah andaikan dengan hanya meminum sebotol Karmila/Qhawwi/ Jeli Gamat semua penyakit yang ditanggung bertahun akan hilang. Logiknya macam tu la kan yang selalu kita harap. Insyaallah jika kita mengamalkan secara istiqamah, dengan selawat dan doa mudah mudahan ianya akan menjadi penawar untuk tubuh badan kita. Amin.
Saya doakan para pengguna produk HIRAQ sentiasa dirahmatiNYA dan sihat tubuh badan. Amin.

Sama-samalah kita menyokong produk halalan toyyibba.

No comments: