Monday, May 4, 2009

TESTIMONIAL PENGGUNA HIRAQ


Testimonial di sini adalah merupakan pengalaman mereka yang telah mencuba produk Hiraq .

Pn Najwa, Ipoh
TESTIMONIAL TERBARU
Tiga bulan selepas berkahwin, saya ditimpa kemalangan jalan raya. Akibatnya saya mengalami pendarahan setiap masa seperti orang yang sedang haid selama 4 tahun, saya juga mengalami sengal tulang belakang dan pinggang, selepas itu saya telah disahkan menghidap masalah buah pinggang dimana "creatinine" saya tidak dapat berfungsi dangan baik. Kesannya kaki saya membengkak seperti orang sedang mengandung dan harapan untuk sembuh adalah sangat tipis. Setelah diperkenalkan dengan produk HIRAQ, saya telah mengambil hiraq karmila yang berasaskan permakanan sunnah ini sebagai amalan seharian secara istaqomah. Syukur Alhamdulillah, selepas 1 botol pengambilan produk-produk HIRAQ, Pendarahan berhenti, senggal tulang belakang dan pinggang juga hilang dan semuanya kembali normal kini dengan izin Allah SWT. Kini saya teruskan pemakanan sunnah ini bersama Hiraq Jeli Gamat.

Zarinah Idris, Cheras
TESTIMONIAL HIRAQ KARMILA KURMA HERBAL ESSENCE
Saya mula mengambil HIRAQ Karmila Kurma pada september 2008. Pada hari kedua saya merasa sakit seperti hendak bersalin. Selama 2 hari saya menghadapinya dan pada hari keempat saya datang ' HAID ' . Sekarang saya kembali menjadi wanita sempurna setelah begitu lama tidak datang haid iaitu selama DUA TAHUN. Saya juga dapat merasakan badan kembali ringan dan tidak merasa letih semasa melakukan ibadah puasa yang lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada stokis Cheras, Nurul Amirah yang telah memperkenalkan HIRAQ kepada saya.

Pn Wati Lembah Klang( 019 - 378 3717 )
TESTIMONIAL HIRAQ KARMILA KURMA DAN HIRAQ JELI GAMAT
Saya mengalami ketumbuhan fibroid ketika hamil anak kedua. Setelah bersalin, ketumbuhan saya kembali kecut tetapi setelah beberapa bulan kemudian doktor telah mengesan fibroid saya kembali membesar. Ketika itu saya diperkenalkan kepada produk-produk HIRAQ oleh stokis negeri, Pn Jamilah. Alhamdulillah! setelah mengambil 1 botol Hiraq Karmila Kurma dan 2 botol Hiraq Jeli Gamat doktor telah mengesahkan fibroid saya kembali mengecut dan sehingga kini saya terus mengamalkan produk-produk Hiraq.

En Kamaruzaman Raub, Pahang.
TESTIMONIAL HIRAQ JELI GAMAT
Kesihatan saya terganggu dan berat badan saya turun secara mendadak daripada 80kg ke 61kg dalam masa sebulan. Tidak berdaya untuk bangun dan muntah setiap kali cuba makan. Allahmdulilah selepas mengambil Hiraq jeli gamat sebanyak 2 botol, kesihatan saya kembali pulih dan kini mampu bersolat secara normal.

Puan Zurina, Pasir Puteh, Kelantan 019 - 902 3308 / 019 - 913 4899
Saya selalu mengalami keguguran kerana ada ketumbuhan didalam rahim dan sepatutnya dibedah. Alhamdulillah selepas mengamalkan Hiraq Karmila, masalah ketumbuhan tiada lagi dan sekarang saya selamat melahirkan anak.

Puan Hasmani, Pasir Puteh, Kelantan
Pelbagai produk telah saya cuba. Berkat usaha yang tidak putus-putus akhirnya kini saya hamil setelah 6 tahun berumahtangga. Syukur kehadrat Ilahi kerana menemukan saya dengan Hiraq Karmila.

Puan Jamiah Mander, Sabah
Alhamdullilah, setelah memberi anak saya Hiraq jeli gamat secara konsisten, yang mempunyai masalah gatal-gatal kulit dan selsema anak saya kini telah hampir pulih sepenuhnya.

Puan Noriyah Mohamed, Pekan, Pahang( 019 - 924 7899 )
Saya Pn Noriyah Bt Mohamed dari Pekan, Pahang telah mengambil produk Hiraq Karmila dan Hiraq Jeli Gamat sebanyak 3 botol bersama suami En Mohd Radzi Bin Abd Rahman pula mengambil Qhawwi Moca dan Hiraq Jeli Gamat juga sebanyak 3 botol. Kami dapat merasakan perubahan atas kesihatan yang kami semakin baik dan cergas. Kami mempunyai 3 orang anak berumur 9 , 8 dan 5 tahun. Kami amat bersyukur dengan izin Allah s.w.t. kami bakal menimang cahaya mata yang ke empat pada bulan november 2008 nanti. Sekarang saya sedang menjalani rawatan gigi setelah mengalami Ameloblastoma dan menjalani pembedahan membuang tulang pada rahang bawah. Dengan mengambil produk Hiraq bukan sahaja kesihatan bertambah baik malah saya berpeluang mengandung lagi pada usia 43 tahun. Terima kasih HIRAQ. Saya telah memperkenalkan kepada rakan sekerja dan Alhamdullillah dari 5 rakan yang memcuba 3 daripada meraka telah berjaya mengandung. Berkat daripada usaha yang tidah henti-henti dan dengan IzinNya.

Hjh Fatimah bt Hj Said,Kg. Selising ( 09 - 789 3079 )
Saya mengalami sakit sendi,darah tinggi dan sakit pangkal jantung (cucuk menyucuk) dan apabila saya diperkenalkan Hiraq Jeli Gamat, saya menggunakan selama sebulan setengah, Alhamdulillah sakit sendi saya dah berkurangan dan boleh berjalan, darah tinggi saya dah turun (check dengan Doktor), menyucuk di pangkal jantung pun dah hilang. Selepas itu saya bagi kepada anak saya untuk mencuba yang mengalami stroke ringan (tangan terketar-ketar tak mampu angkat barang), Alhamdulillah anak saya dah kembali bekerja di TNB Terengganu. Terima kasih kepada Hiraq dan saya bersyukur pada Allah kerana selepas menggunakannya nampak berkesan.

Azizah, Kota Bahru

Alhamdulillah ada perubahan dari segi urat saraf, rasa lebih bertenaga dan sihat. Bersyukur pada Allah S.W.T dan terima kasih kepada produk-produk Hiraq yang telah saya ambil.

Pn Latifah, Kota Bharu ( 016 - 286 1554 )
Saya bersyukur pada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada produk Hiraq kerana setelah memberi anak saya mencuba Hiraq Jeli Gamat ia nampak berkesan. Anak saya mengalami masalah alahan terutamanya di bahagian muka (kemerah-merahan), Alhamdulillah setelah mencuba Hiraq Jeli Gamat ia beransur hilang.

Datuk Hj Ahmad Shahir bin Hj Daud - ( 72 tahun )
(Bekas Imam Besar Masjid Negara& Mufti Istana Negara )
Tanggal sept 1995, saya telah mengalami kemalangan yang tidak terduga yang mana telah menyebabkan kaki kanan saya patah. Pembedahan demi pembedahan dilakukan sehingga terpaksa dibuang tulang pinggul dan setiapkali pembedahan, masa yang diambil oleh saya untuk memulakan kembali langkah kaki ini ialah dalam 4-6 bulan.Sekali lagi pada 03/06/07 saya melakukan pembedahan memasukkan kembali tulang pinggul dan membaik pulih lutut kiri di USM Kubang Kerian. Tetapi kali ini saya disaran oleh anak saya supaya mengambil JELLY GAMAT HIRAQ. Alhamdulillah dengan izin ALLAH dan amat menakjubkan sekali dalam masa 1 bulan saya sudah boleh bergerak dan berjalan. Begitu cepat proses penyembuhan luka dalaman dan membaik pulih otot-otot yang terkoyak akibat pembedahan tersebut. Tidak seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini. Hatta saya diberitahu doktor sebelum pembedahan itu, tempoh paling awal pun ialah 3 bulan untuk saya bergerak dan berjalan. Tetapi GAMAT HIRAQ telah banyak membantu saya.Begitu juga perubahan pada kulit saya kesan melecur dan terkena api pada tahun 1999. Hampir 1/3 kulit tubuh saya melecur terkena api dan parut2 tersebut semakin hilang setelah 5 bulan mengambil produk HIRAQ. Sendi2 yang biasa sengal2 juga hilang. Kesegaran tubuh semakin meningkat sehinggakan pada Ramadhan yang lalu, sayaberulang alik ke pondok saya di Selinsing dengan memandu sendiri untuk berbuka puasa dan solat terawih bersama jemaah disana yang mana saya menjadi imamnya. Inilah hasil mengamalkan produk kesihatan keluaran HIRAQ.
Syukur juga saya panjatkan pada ILLAHI kerana menganugerahkan tahap kesihtan yang tinggi. Saya tidak meghidapi penyakit berisiko(lemah jantung,kencing manis,darah tinggi dsb). Tetapi atas dasar pepatah pujangga arab yang mengatakan "MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT", saya menjadi pelanggan tetap produk kesihatan keluaran HIRAQ yang mengutamakan tamar,madu dan habbatussauda' sebagai bahan utama. Sesuai dengan apa yang termaktub dalam AL-QURAN dan HADIS yang bahan2 tersebut ubat pada segala penyakit dan kita sebagai muslim sejati hendaklah mengutamakan apa yang disaran oleh AL-QURAN dan junjungan besar kita sebagai pelindung dan megekalkan kesihatan kita. Tanpa kesihatan kita tidak dapat melakukan apa2 termasuk beribadah dengan sempurna. Janganlah kita menunggu penyakit datang barulah kita hendak mencari penawar. Kita tidak akan menghargai kesihatan sehinggalah kita merasa sakit tetapi amat malang sekali jikawaktu itu barulah kita memikirkan untuk menjaga kesihatan kita.Demikianlah serba ringkas yang boleh saya ceritakan mengenai kelebihan produk HIRAQ dan sebagai nasihat dari saya sesama muslim ke arah kebaikan.

En Mazlan - Kota Bharu, Kelantan ( 017 - 972 9449 )
Lebih kurang 20 tahun yang lalu, saya terlibat dengan kemalangan. Akibatnya saya dimasukkan ke hospital (icu). Mengalami kecederaan teruk di kepala, paru-paru cedera dan bermasalah, kaki patah. Kesan negatif dari pereistiwa itu, saya mengalami beberapa masalah kesihatan :- Kepala sentiasa sakit berpanjangan (sentiasa makan ubat penahan sakit)- Tak dapat tidur dengan lena- lemah daya pemikiran, lemah daya pemahaman serta daya ingatan (tidak dapat memahami mengingati sesuatu yang dibaca dan didengar). Fikiran jadi celaru. Akibatnya sehingga saya terpaksa diberi cuti tanpa gaji selama empat bulan kerana tidak dapat melaksanakan tugas - Badan sentiasa lemah & tidak bertenaga- Sistem penghadaman amat lemah. Buang air paling kerap satu kali seminggu. Akibatnya tiada selera makan.- Masalah buang angin. Tak buang angin (samada sendawa atau buang angin biasa) selalu juga pening-pening.
Masalah kesihatan yang paling teruk saya alami sehingga saya tak mampu untuk menanggungnya adalah 'sesak nafas' yang menyerang beberapa kali pada setiap malam antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi. Sehingga beberapa kali terpaksa dikejarkan ke hospital menerima rawatan kecemasan (mesin) dan ditahan di wad.Dari segi perubatan, saya ikhtiar bermacam macam cara perubatan hospital (rawatan secara berkala), cara kampung (tradisional), homeopathy, color vibration terapi, aroma terapi, terapi cahaya infra red, dan lain lain lagi.Dari segi produk kesihatan saya dah cuba berbagai jenis produk dari berbagai jenama dan berbagai syarikat pengeluaran. Kesan positif ada,tapi sekejap. Kemudian kesihatan saya kembali masalah.Tentang Produk Hiraq, semasa Karnival Halal Kelantan 2007 pada awal bulan Ogos lalu (selama seminggu), secara kebetulan pada 8 Ogos 07 saya berkunjung ditapak karnival dan saya berkesempatan dengan produk ini. Saya ceritakan tentang masalah kesihatan saya yang kronik kepada wakil Hiraq dan disyorkan saya cuba produk Hiraq Qhawwi. Saya rasa nak cuba dan terus mencubanya. Selepas seminggu, saya tambah satu lagi produk Hiraq iaitu Hiraq Jeli Gamat. Pada peringkat awal penggunaan produk Hiraq, saya demam dan sakit kepala serta pening-pening. Selepas seminggu menggunakan produk Hiraq, saya awal-awal terkejut dengan kesan positif yang amat ketara dan menakjubkan bagi masalah kesihatan saya: - Sesak nafas setiap malam. terus berhenti (tiada langsung sesak nafas) - Buang air besar-setiap hari (sebelum ini paling kerap sekali seminggu) - Angin-selalu keluar (sendawa dan melalui cara biasa) - Selera makan bertambah (sentiasa rasa nak makan dan mulai boleh makan makanan lemak) - Sakit kepala-hilang. Rasa pening-pening tiada. Kepala rasa ringan. Daya pemikiran dan daya ingatan semakin pulih. Tidur kembali lena. - Badan terasa ringan dan sentiasa bertenaga.
Pada peringkat awal, saya tidak menaruh harapan dan keyakinan terhadap produk ini, tetapi setelah mencuba, semua masalah kesihatan saya semakin pulih dan kembali normal terutama sekali 'sesak nafas' (terus berhenti)Saya rasa sihat seperti tidak pernah alami masalah kesihatan (semakin pulih dan sembuh)Saya bersyukur pada ALLAH dan amat berterima kasih pada Hiraq.Mulai guna produk Hiraq 8/8/2007

No comments: